Monday, April 1, 2013

kendurilah kawen aka walimatul urus~

assalamualakum,

hari ni, saya baru pulang dari walimah sahabat baik saya ketika di sekolah men. form 4-5 dahulu. saya dan rakan2 sempat menghadiri majlis pernikahan n walimah y diadakan pd dua hari y berbeza. majlis pernikahan diadakan pd sebelah mlm sabtu lps n majlis walimahnya pula pd hari ini. alhamdulillah, sahabat saya itu telah selamat dinikahkn oleh bapanya sendiri dengan satu kali akad shj. walaupun penat+ sakit kepala gara2 pill0w talk mlm td, kami gembira dpt menemani sahabat saya itu di saat2 bahagianya. inila contoh di mana kalu dh jodoh, xkn kemana. takdir n caturan tuhan, siapa y tahu..

errm, sbenarnya, post ni ditulis bukanla sbb nk cerita psl ni je. sepanjang 4 tahun saya menuntut di luar negara, kali pertama menghadiri walimah di sana adelah semasa saya 1st year. 2 org psgn senior y tlh pun berkahwin di msia, mbuat re-walimah di sebuah dewan di sana. masa tu, saya baru 1st year, so, ofcourse blur2 n makan ajelah. nthen pada 2 tahun lepas, ex-housemate saya masa 1st year y juga merangkap coursemate saya telah mlangsungkn pernikahannya bersama satu psgn lg y juga coursemate saya (brother) di masjid city. kemudian, seorang lagi senior secourse saya juga menuruti jejak langkah y sama pd tahun lps.

apa y dpt saya lihat, di oversea, sgalanya simple. well it slightly varies from person to person but for most the case, yeah, it's very2 simple. utk kwn saya tu, hantaran hanyela sebuah alquran y telah pn digunekan, (xbaru mane), dan lg due dulang, err xberape nk igt tp hantaran tu pengantin perempuan y buat sendiri la. n kenduri kahwinnya pule, pengantin lelaki y singsing lengan masak sendiri mee kari. yelah, sapela y nk tlg buat nasi beryani kt ovrc kn. kek pengantin pn naseb baek wujud dek kerna pengantin perempuan memg expert buat kek. nway, utk senior saye y lg sorg tu pula, walimahnya lebih mirip mcm event kt msia.  mungkin kerna senior saya ni ahli kuat msian islamic student club, so, adelah postgrad2 y sudi tlg mskkn nasi minyak n arrange event walimah y proper utk kedue mempelai tersebut.. so, xdela sek0boi bak org kate mcm majlis ex-housemate saye tu. =P haha, jgn mara cik kwn

but in my opinion, walimah is supposed to be simple. xyahla smpai membebankn smpai buat org takut plk nk kawen. undeniably, cost nk kawen skrg sememgnyela xmurah. dgn cost catering pn lebih rm12/person, SEWE baju pengantin rm1500? +bla3 bnde ngar0t2 y lain lg tu,  rasenye pas buat walimah, pokaila pengantin semue..nak2 kerje kerajaan ni bkn byk mane pn gaji..(haha, rase kecewe pas tgk gaji basic kt surat cinte spa aritu =P). so, from what i can see during my friend's wedding, what she did was she cooked most of her hantaran's herself (cup cakes, biscuits etc). wut a good idea isn't it. atleaz dptla cut cost kt situ. n everythg was indeed quite simple. i like it =). so, yeah. make it simple, n u'll be able to save some extra cash utk keluarga y baru dibina ni inA. n pd pengantin baru tersebut, slmt menjalani hidup berumah tangge. sm0ge rmh tangge y baru dibina ni sentiasa  mendapat sakinah n rahmat dari Illahi. luv u alwayz my friend! =D

Sunday, March 31, 2013

peralihan post baru?

assalamualaikum,

dah lama rasanya tidak menulis di blog ni. mula2, blog ni ditulis dengan benda2 y boleh bermanfaat pada org lain. tp makin lama, makin mengarut nmpknye. nway, maaf ats sampah2 y dh byk kat sini. sementara saya masih tanam n menggemukkn anggur kt blkg rmh, elokla kiranya blog ini diisi dgn bende2 berfaedah pula inA. menulis dgn pengalaman belajar di negara 'down under' selama 4 tahun ditambah pula dgn rezeki utk melancong ke bbrapa buah negara spt jepun, korea, new zealand semasa di sana..sekian

Sunday, May 27, 2012


salam,

harini, lps hantar esaimen y buat saye n maryam kne MI, tamatlah dgn rasminye placement selame 8 weeks. tanoshikatta desu. learned many new things and made many new friends. errr or , that is sooo what i think. dun really know what the other pharmacists think of us whilst on placemnt actually. especially those hospital pharmacists. huhu. anyway, think positive. those things don't really matter now. gonna start doing honours tomorrow. huwahaha, think, i have break deprivation syndrome right now. if only there is like a 2days break b4 we start our honours. gonna be grateful enough~ ok, need to make the most of this night. (padahei dok bace ape kebende @prepare pape pung. dhle baru bgtaw sv y bkl dtg esok td. @.@ . dun want to think any further. night.. salam

Friday, February 17, 2012

assalamualaikum,

hari ni, bole kate hari y xmenggembirakan sikitla. dimulekn dgn dapat tahu result blood test +ve pagi tadi (uh, sejak bile pulak chek t'exposed kat penyakit satu ni a? +_+" kan dh kne appointmnt ngn doc 2minggu lg~) lalu, baru sedar y garage sale isma is tmorrow (k0n0n2nye nk jual brg mcm2 ex washer machine, almari, meje study bla3. ye, laen kali, silelah continue dgn perangai ande y memanjang je xalert nih.. @_@ ) n last skali tlepas sale flight jetstar utk transit blk april ni (haaa, buat lg sushi tu lame2, kan dh tlepas sale y just ade from pkul 4-8 td! T_T ). kesimpulannye, uwh, sab02 . nie dugaan y besar bijik sawi je. n0 need to feel depressed what so ever.. + SILE LAH MEMPERBAIKI DIRI ANDE, wahai tuan punye bl0g! PLANNING2! ad0iii, i really need to improve myself on this one~ huhu

nway, saye tgk, kwn2 smakin rancak langkah mereka. alhamdullilah, junior tahun nie, lebih byk y dpt dikontek compared to tahun lps. terase mcm nk tertinggal ketapi pulak. di0rg makin byk amal, diri sendiri mcm mane pule. st0p blaming others, st0p searching for flaws in other people. n0 one's perfect. we won't go anywhere if we keep doing like that. ingat, mati itu benar, syurga dan neraka itu juge benar. syurga itu terlalu mahal harganya untuk kita miliki dengan hanya s0lat 5waktu, puase, xbuat d0sa2 besar n xmenyakiti org lain. tanggungjawab kita sbagai seorg muslim jauh lebih besar.. tadi, baru lepas bace bl0g langit illahi. tajuk post tu:

Motivasi: Irkam Ma’ana – Kami Tidak Menanti Sempurna.

alhamdullilah, begitu masuk ke dalam hati. insyaAllah, i'll try. sm0ge Allah memberi kekuatan..

Tuesday, January 24, 2012

assalamualaikum. hari nie, saje rase cm nk menulis. 

baru dpt name tag td. walaupun byk kali kene marah, nilah die satu2nye pengubat luke..haha. nway, walaupun project sepatutnye start bulan jun, skrg nie saje2 je praktis gune semue bende pelek2 sofisticated konon2nye kt lab tu. dh name pn slow learner sket kn. ok, gambare!! looks like i'm officially a research student now. i'll try my best to be a good one that's able to produce and publish a good journal insyaAllah.. 

+ arinie 1st time solat zuhur kt situ. dgn applicatn y baru di donload, bahagie je cari arah kiblat n fortunately ade bilik kosong utk solat. i'm so happy dpt solat zuhur awal waktu hari nie. atleaz xseteruk ari y lps2 y dok tkeja2 nk solat gare2 takut nk bgtahu sv. yeah, be a proud muslim. diorg respect je bile kite kate y kite nk solat. (walaupun kne mop la kn toilet tu, abez basah dgn air wudu'... =P ) 




p/s esok nk pegi lab blaja microscopy pulak. zeiss lsm 710 y $700,000 tu, fuhhh.  mari bekerje dgn kulit... tutt (haiwan y tidak digemari). makenye sabun sama' bersame sgale kelengkapan persalinan akn turut dibawe bersame esok utk elak sebarang kesulitan spt y dialami mase 1st time dtg sabtu lps... ; )



Thursday, January 12, 2012

azam baru..


salam,

  dh lame xupdate dkt blog nie. blk rmh, asal nk pegang laptop kejap je pun, si fahim tu mulelah nk mngaco..hehe. budak kecik y aktif tu, naseb baeklah comel, kalu x, memg la nk kne...=P

  masuk hari nie, dh lime hari saye kembali ke adelaide. tempat perjuangan, tempat menimbe pelbagai pengalamn berharge dh telah berjaye dikutip setelah 3tahun lebih di sini, dan kini, saye kembali utk mnyambung perjuangn, insyaAllah utk tahun ke akhir. sedihla pulak kn.. hehe. melihat pd senior2 y dh bfg, terbayang2 bagaimana diri ni, sekiranye telah pulang nnti. adekah saye akn mngekalkn ape y telah dipelajari n difahami di sinie. diri ini masih memerlukan byk lg tarbiyyah diri agar dpt membawa kekuatan utk terus tsabat di bumi msia kelak. skrg nie, masih terlalu sedikit org y berada di sinie, xjumpe lg pun, selain kwn2 sebatch y sudi jemput dari epot haritu n juge kwn y blk the next day. xsabar rasenye utk bertemu mereka semue. mereka lah antara kekuatan utk saye terus tsabat di jalan ini.

"ya Allah, perkenankanlah permintaan hambaMu ini. aku mohon kiranya Engkau masih sudi menyuluh hidayahMu pd diri y sering kali alpa dan melakukan kesilapan." 

melihat pada gambar2 y dipost al0ng di fb, sayu rasa hati bila menatap gambar ayah y memandang dari jauh saye berjalan menuju ke kaunter passport.. saye perlu kuat. ini tahun terakhir insyaAllah. hidup satu perjuangn. saye perlu menjadi manusia berguna y dapat berbakti n bermanfaat pd org baik dan utk itu, saye sendiri perlu melengkapkn diri dgn package2 tertentu utk melakukan tugas tersebut insyaAllah. dan ini adelah antare list azam baru blk saya! =D

Monday, September 12, 2011

Jika kita mahukan negara islam, maka tanyala diri sendir dahulu, adakah kita sudah cukup mantap utk membinanya.....

Menara Berkembar Petronas

*copy dr bl0g angle pakai gucci...*  

 

 


Menara Berkembar Petronas. Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sejak ia mula dibina lagi. Malah, setelah ia siap dibina dan dibuka kepada umum, Menara Berkembar Petronas (selepas ini akan dirujuk sebagai KLCC) seakan-akan sudah menjadi identiti kepada rakyat Malaysia. Tidak kiralah sama ada Letchumi yang tinggal di Ku
ala Kangsar, atau Semanggok anak Ketapok yang tinggal nun jauh di pedalaman Sabah sana atau Pak Cik Murad, seorang bilal kampung di Muar, Johor, semuanya tumpang berbangga dan teruja dengan pembinaan KLCC ini. Manakan tidak, sehingga kini, KLCC masih memegang tampuk dan takhta sebagai 'Bangunan Berkembar Tertinggi' di dunia..! Walaupun status menara tertinggi sudah dirampas oleh Menara 101 di Taipei dan kini Burj Khalifa di Dubai, KLCC masih mampu berbangga sebagai adik-beradik kembar paling lampai di dunia ini!

KLCC malah dikenali di serata dunia. Sememangnya ramai pelancong-pelancong asing yang datang ke negara Malaysia, antara tujuannya adalah untuk menyaksikan sendiri betapa gahnya KLCC. Dan mereka tidak pulang dengan perasaan hampa. Sebaik sahaja KLCC tersergam indah dan megah di depan mata, mereka pasti terpukau, malah ada yang ternganga, dek kehebatan senibina dan keindahan rekabentuk KLCC. KLCC juga menjadi kegilaan buat jurugambar-jurugambar professional dan amatur yang inginkan suatu pemandangan moden yang unik, kerana KLCC menyediakan kepada mereka suatu bentuk perspektif yang berbeza dan benar-benar lain daripada yang lain. Kepada mereka yang pernah melawat Kuala Lumpur, bergambar bersama 'adik-beradik kembar' ini menjadi suatu kepastian untuk dibawa pulang sebagai ole-ole yang cukup bermakna dan berharga.

Lebih lucu lagi, saya sendiri pernah mendengar khabar angin bahawa ada di kalangan masyarakat luar negara yang sampai tidak percaya bahawa KLCC itu terletaknya di Malaysia, kerana begitu terpegun dengan keunikannya. Dengan kata lain, mereka tidak yakin rakyat Malaysia mampu membangunkan binaan yang begitu hebat dan gah!

Tidak keterlaluan sekiranya saya bandingkan KLCC di mata rakyat Malaysia dan pelancong asing dengan Menara Eiffel di Paris, Big Ben di London, Christ the Redemeer di Rio de Janeiro, Burj al-Arab di Dubai, Opera House di Sydney dan beberapa monumen dan bangunan lain yang terkenal di serata dunia. Maksudnya, KLCC sudah menjadi semacam suatu identiti yang tidak boleh tidak buat Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya. Ramai orang sudah mula mengenali Malaysia, terima kasih kepada KLCC. Kini Malaysia di peta dunia bukan lagi tanah liar dan hutan rimba yang tidak diduduki oleh sesiapa, atau bukan juga Singapura, tetapi Malaysia berdaulat yang punya identiti dan kemegahan tersendiri.

Fakta dan Nombor




Sungguh indah KLCC di waktu senja...

KLCC tidak tiba-tiba sahaja terbina. Atau ia juga tidak jatuh dari langit. Hampir 7 tahun dihabiskan untuk membina struktur yang masih memegang takhta 'Bangunan Berkembar Tertinggi' di dunia ini. Arkitek yang bertanggungajawab merekabentuk binaan ini, Cessar Pelli, diimport khas dari Argentina. Tiga kontraktor asing dijemput untuk memantau dan menyelenggara pembinaan KLCC; Hazama Corporation dari Jepun, Samsung C&T dan Kukdong Engineering dan Construction, kedua-duanya merupakan syarikat gergasi di Korea Selatan. Keseluruhannya, $1.6 billion telah dihabiskan untuk membina KLCC.

KLCC mempunyai 88 tingkat keseluruhannya dan ketinggian rasmi KLCC seperti yang dicatatkan adalah 451.9m. Apa yang lebih menarik tentang bangunan ini adalah pengasimilasian motif dan unsur-unsur Islam dalan seni bina dan rekabentuknya, terutamanya bentuk Rub el Hizb yang boleh didapati pada potongan tengah binaan tersebut.

Pembinaan KLCC juga melibatkan begitu banyak tenaga kerja dan jentera. Pelan pembinaan sudah mula dirangka seawal 1992. Mac 1993 menyaksikan kerja-kerja menggali tanah untuk menyediakan tapak dan asas untuk KLCC. Galian sedalam 30 meter telah dilakukan dan hasilnya, setiap hari, 500 traktor penuh berisi dengan tanah dibawa keluar daripada tapak pembinaan. Teras tapak KLCC dipastikan benar-benar kukuh dan kuat. 13,200 meter kubik konkrit disalurkan terus-menerus selama 54 jam ke dalam ruang yang telah digali tadi. Bersama-sama dengan 104 buah tiang, teras yang benar-benar utuh telah berjaya dibina untuk setiap menara.

Kemudian, di atas teras ini dibina pula tembok konkrit setingggi 21 meter dan berperimeter 1 kilometer. Ia mengambil masa hampir 4 tahun dan seramai 40 pekerja siang dan malam untuk disudahkan. Di atas tembok inilah dibina pula tempat letak kereta bawah tanah yang boleh memuatkan sehingga 5,400 buah kenderaan pada satu-satu masa.

Kerja-kerja membina bangunan utama hanya dimulakan setelah dapat dipastikan teras bangunan yang benar-benar kuat, mapan dan kukuh telah disediakan. Kerja-kerja ini akhirnya dapat dilaksanakan pada tahun 1994. Bahan binaan untuk membina menara adalah terdiri daripada bahan-bahan berkualiti tinggi - 80,000 meter kubik konkrit berketahanan tinggi dan 37,000 tan besi digunakan hanya untuk membina rangka bangunan ini. Akhirnya, setelah begitu banyak keringat dan wang ringgit dibakar untuk membina pencakar langit ini, bentuknya yang seperti dilihat sekarang ini sudah mula boleh dilihat pada Jun 1996.

Usaha yang begitu gigih dan semangat ini tidak sia-sia. KLCC yang telah siap dibina telah diiktiraf beberapa kali sebagai antara binaan moden yang tercantik di dunia. Seperti yang disebut seawal tulisan ini, kadar pelancong asing yang masuk ke Malaysia turut bertambah setelah siapnya adik-beradik kembar itu pada tahun 1998. Walaupun tidak pernah dibuktikan secara statistik dan empirik (setahu saya), saya yakin KLCC merupakan antara faktor utama kepada pertambahan kemasukan pelancong asing ke Malaysia.

Apa kaitan KLCC dengan kita secara khususnya..?

Percayakah anda sekiranya saya katakan KLCC sebenarnya mempunyai unsur-unsur tarbiyyahnya yang tersendiri..? Hahaha.. Susah bukan untuk dipercayai..? Dengan pusat beli-belah Suria di tingkat bawah dan pelbagai kelab malam di samping menyediakan begitu banyak tempat strategik untuk melakukan maksiat, bagaimanalah agaknya KLCC boleh menjadi sumber tarbiyyah ya..?

Lihatlah KLCC dengan mata hati, dan bukannya dengan mata kasar anda; pasti anda akan dapat melihat begitu banyak butir-butir permata tarbiyyah yang terlindung di sebalik pembinaannya..!


Pasti ramai di antara anda yang pernah mendengar tujuh anak tangga maratib amal bukan..? Daripada seorang individu Muslim sehingga menguasai alam buana menjadi guru dan rujukan kepada alam..? Di mana usaha dalam menegakkan Islam sebagai penguasa dan raja seluruh alam ini merupakan suatu usaha bertahap; hanya setelah tahap-tahap tertentu dicapai barulah perpindahan ke tahapan seterusnya bisa dilaksanakan.
Konsep ini merupakan suatu konsep atau idea yang mempunyai impak yang cukup signifikan; ia memberi garis panduan bagaimanakah daulah (negara), khalifah dan empayar Islam dapat dicapai dan apakah sarana-sarana yang perlu ada sebelum ketiga-tiga bentuk tahapan ini dapat dilaksanakan. Akhirnya, matlamat untuk menegakkan Islam sebagai ustaz, professor atau guru kepada alam, yakni impian bagi setiap orang Muslim yang benar-benar faham akan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini, akan dapat dipenuhi. Insha-Allah.
Cumanya, ramai pihak dan golongan tertentu yang kurang jelas dan faham apakah signifikan anak-anak tangga seperti gambar di atas disusun sedemikian rupa. Ada juga yang tidak sedar atau terlupa bahawa setiap tahapan itu perlu dipenuhi segala hak dan ciri-cirinya sebelum perpindahan kepada tahapan seterusnya dapat berlaku.

Inilah kelemahan besar umat Isla
m pada hari ini; kegagalan untuk memahami sunnatullah dan fitrah alam dalam mengejar matlamat untuk menegakkan kembali Islam sebagai khalifah di muka bumi ini.
Ramai antara kita yang lupa dan leka bahawasanya sebelum boleh melangkah ke anak tangga yang seterusnya, anak tangga yang sebelumnya hendaklah benar-benar kuat dan utuh. Kegopohan untuk melangkah ke anak tangga seterusnya akan menyebabkan kita tergelincir dan seterusnya jatuh terjelepok sebelum sempat kita membina daulah Islamiyyah. Jangankan diangan untuk mendapat khilafah dan empayar Islam, apatah lagi Ustadziatul 'Alam!
Kerana itulah artikel ini ditulis; KLCC sebenarnya memberi kita analogi dan gambaran yang cukup cantik dalam menjelaskan hal ini. Dalam pembinaan KLCC, teras dan asas tapak binaan itu mestilah benar-benar kuat dan utuh. Biarlah jutaan ringgit dibelanjakan, bertahun-tahun dihabiskan, bertan-tan simen dan konkrit digunakan dan entah berapa gallon keringat dirembeskan, asalkan tapaknya dapat menampung bangunan dan 'tanggungjawab' yang lebih besar di atasnya. Bayangkan kalau tapak KLCC itu dibina dengan sambil lewa sahaja, atau bahan binaannya menggunakan bahan-bahan tidak berkualiti seperti pasir pantai atau butiran LEGO, mampukah KLCC berdiri tegak, gah dan hebat seperti hari ini...?? Alamatnya tumbang seperti Higland Towers lah kalau hal itu yang berlaku!
Blok 1 Highland Towers yang tumbang pada tahun 1993 dek teras bangunan yang tidak kukuh!

Asas yang mendasari cita-cita ini, Individu Muslim, wajib bersedia untuk menampung tanggungjawab dan bebanan yang lebih besar seandainya Daulah Islamiyyah berjaya dilaksanakan. Dan untuk memenuhi aspirasi m
ulia yang maha berat ini, individu-individu yang bakal menjadi tunggak dan sokongan utama mestilah mereka yang benar-benar mantap iman dan aqidahnya, mereka yang benar-benar sanggup untuk menjualkan harta dan nyawa mereka untuk Allah dan agamanya dan mereka yang benar-benar faham akan mehnah dan tribulasi yang bakal menanti mereka, seandainya Daulah Islamiyyah berjaya mereka garap dan capai.

Selesaikah masalah apabila terbentuknya Daulah Islamiyyah..?

Siapa kata perkara akan menjadi lebih mudah selepas daulah berjaya dibentuk..? Lihat sahaja Madinah al-Munawwarah, negara Islam yang pertama ditubuhkan di bawah pemerintahan ar-Rasul SAW. Perang Badar, perang pertama dalam sejarah Islam berlaku selepas tertubuhnya Madinah. Perang Ahzab, atau perang Khandaq menyaksikan umat Islam diserang bertubi-tubi dari pelbagai arah, di samping dikhianati oleh kaum Yahudi laknatullah dan para munafiqin yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Islam.

Bukalah mata anda...! Sekiranya anda percaya dan yakin bahawa segala masalah umman ini akan selesai setelah tertubuhnya sebuah daulah Islamiyyah, anda sedang bermimpi di siang hari..! Cabaran dan masalah yang kunjung tiba akan lebih berat dan merumitkan. Kerana itu, ar-Rasul SAW telah membat persiapan lebih awal, yakni dengan membentuk kumpulan-kumpulan teras, atau lebih dikenali sebagai Qaidah Sulbah (QS) - terdiri da
ripada para sahabat r.a. yang benar-benar beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Merekalah yang terus-menerus memberikan sokongan kepada ar-Rasul SAW setiap kali baginda menghadapi tekanan, seksaan dan pelbagai lagi bentuk mehnah daripada kaum musyrikin. Merekalah yang sentiasa bersama-sama baginda dalam Perang Dzarur Riqa' bila mana umat Islam ketika itu begitu dhaif dari segi kelengkapan dan pakaian, sehinggakan terpaksa membalut kaki mereka dengan cebisan-cebisan kain dek ketiadaan sepatu untuk dipakai. Merekalah yang terus menyahut seruan jihad baginda seusai Perang Uhud; belum sempat mereka meletakkan perisai dan pedang, belum sempat berehat seketika cuma, mereka terus bersama-sama ar-Rasul SAW mengejar kaum kafir Quraisy yang sedang bersuka-ria menyambut 'kemenangan' mereka.
Umat Islam suatu ketika dahulu sanggup berkorban nyawa dan harta demi agama yang tercinta!

Sekiranya saya hendak bercerita satu-persatu tentang kehebatan dan keunggulan para sahabat r.a. yang mempunyai tahap keimanan kepada Allah dan ketsiqahan kepada ar-Rasul SAW yang tidak tertanding oleh sesiapa di masa kini, pasti artikel ini boleh dijilid menjadi buku. Cukuplah dengan saya mengatakan, tanpa mereka dan sokongan yang tidak berbelah bahagi yang mereka berikan kepada ar-Rasul SAW lah yang menjadi resipi utama kepada kemenangan Islam yang agung.

Kerana itu Daulah Islamiyyah Madinah al-Munawwarah berjaya bertahan walaupun musuh-musuh Islam terus-menerus melancarkan serangan terhadap kaum Muslimin; kerana adanya teras dan asas yang benar-benar mapan, utuh dan jitu untuk mempertahan kedaulatan umat Islam. Bayangkan sekiranya para sahabat r.a. terdiri daripada mereka yang lemah imannya, mereka yang cintakan perempuan dan harta melebihi cinta mereka kepada Allah dan RasulNya, mereka yang tidak sanggup mempertaruhkan nyawa demi agama Allah yang mulia, pasti Islam akan lenyap sebelum nurnya sempat sampai kepada kita.

Benar, bantuan dan keizinan daripada Allah adalah faktor yang paling utama; namun Allah menjadikan sunnah ar-Rasul SAW sebagai asbab dan panduan kepada umat manusia seluruhnya apakah cara yang paling tepat dan muntij (produktif) dalam menegakkan agama Allah yang agung ini. Dan sunnah ar-Rasul SAW telah pun membuktikan bahawa baginda mengambil masa yang lama untuk membina QS ini; selama 13 tahun di Mekah baginda terus-menerus menekankan aspek aqidah dan perkara-perkara asas bagi memastikan para sahabat seperti Abu Bakr r.a., Umar al-Khattab r.a., Utsman ibn Affan r.a., Ali Abi Talib r.a., Abdur Rahman Auf r.a., Abu Ubaidah al-Jarrah r.a., Talhah bin Ubaidillah r.a., Zubair al-Awwam r.a., Saad bin Abi Waqqas r.a., Abu Dzar al-Ghifari r.a., Bila bin Rabah r.a., Abu Musa al-Asyaari r.a., Musa'b bin Umair r.a. dan begitu ramai lagi para sahabat yang agung dan mulia r.a., benar-benar faham akan tanggungjawab dan tugas mereka sebaik sahaja mereka melafazkan kalimah syahadah.

Dan mereka telah pun membuktikannya.

Walaupun pandangan bahawa ramai orang akan berbondong-bondong memeluk Islam setelah tertubuhnya Daulah Islamiyyah seperti yang berlaku selepas Fathul Mekah sungguh menarik dan mempesonakan, anda perlu ingat bahawa negara Islam yang terbina ketika itu adalah sebuah negara yang terbina atas dasar dan teras yang begitu utuh dan jitu. Seandainya Daulah Islamiyyah terbentuk ketika ini, di mana begitu ramai umat Islam yang jahil tentang agama mereka sendiri diharapkan dapat menyokong dan membantu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan sebagainya, percayalah dan yakinlah, nescaya daulah yang terbetuk itu tidak dapat bertahan lama; jatuh terkubur begitu sahaja. Dan jangan terkejut seandainya umat Islam sendiri yang bangun menentang pembentukan negara Islam itu, dek kerana kejahilan dan kebodohan mereka.

Samalah dengan KLCC kita. KLCC begitu indah dan cukup mempesonakan, sehingga boleh dilihat kemegahannya berkilometer jauhnya. Mereka yang pertama kali melihatnya pasti akan tertarik untuk pergi dekat untuk melihat sendiri keagungan binaan tersebut. Tetapi KLCC yang dilihat seperti hari ini tidak mungkin dapat berdiri megah seandainya asas yang dibina dulu goyah dan rapuh. Ya, mungkin cantik luarannya, tetapi sekiranya terasnya tidak padu dan kukuh, bila-bila masa sahaja ia bisa jatuh menyembah. Plastik rupa-rupanya. Sekiranya bahan-bahan yang digunakan bukannya konkrit yang jitu tetapi pasir yang jerlus, bukannya simen yang mengeraskan tetapi lumpur yang lembik, bukannya mat-mat Bangla dan Indon yang bertungkus-lumus menyiapkan binaan dan struktur bangunan tetapi pekerja-pekerja yang malas dan culas, pastinya KLCC hari ini hanya menghitung hari sebelum ia tumbang dan hancur. Rugilah bilionan ringgit duit rakyat yang dibelanjakan.
Subhanallah! KLCC begitu jelas dilihat dari Tanah Tinggi Genting!

Namun begitu, ramai yang bertanya, bilakah dan bagaimanakah kita boleh mengetahui waktu yang tepat untuk berpindah dari satu tangga ke tangga yang lain. Itu bukan persoalannya. Persoalan yang lebih tepat adakah kita betul-betul bersedia seandainya suatu hari nanti kita berjaya mendapatkan Daulah Islamiyyah..? Ada juga yang tidak sabar, yang merasakan kaedah untuk membina individu-individu Muslim yang benar-benar faham tentang deennya ini (QS), terlalu lembap dan tidak membuahkan hasil. Bersabarlah, kerana Allah pasti akan memberikan daulah itu sebagai hadiah hanya selepas kita benar-benar bersedia untuk menerimanya. Sekiranya KLCC dibina dengan gopoh dan gapah, kerana mahu mengejar deadline atau kerana tidak sabar untuk menunjuk-nunjuk dan berbangga diri, pasti ia akan kecundang menyembah bumi, ditertawakan dan dijadikan lawak hiburan.

Dan apabila difikirkan kembali, tujuan utama kita untuk mendapatkan daulah Islamiyyah adalah tidak lain daripada untuk memperoleh keredhaanNya; tiada yang selain daripada itu. Seandainya kita mati sebelum sempat melihat tertubuhnya sebuah daulah yang benar-benar berdaulat dan terhormat, namun segala usaha dan keringat kita telah pun disalurkan ke arah menegakkan agama Allah ini di muka bumi, percayalah, dengan izinNya, kita juga akan mendapat saham-sahamnya. Allah tidak melihat pada hasil, tetapi kepada usaha yang bersungguh dan ikhlas keranaNya. Dan usaha yang benar-benar ikhlas, bersungguh dan tepat dengan sunnatulllah dan fitrah alam, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh ar-Rasul SAW dan para sahabat r.a. pasti akan membuahkan hasil yang agung.

Jom kita jadi seperti batu, simen, konkrit dan mat-mat Indon dan Bangla yang kerana merekalah, terbinanya KLCC yang cukup gah dan terserlah!

Allahu a'lam.

-gabbana-